Camouflage Text Generator at TextSpace.net

Halaman

Selasa, 29 November 2011

AUKU – AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI

18 Ogos 2008

1. Saya mengaku sayalah orang yangnya yang telah memperkenalkan AUKU(Akta Universiti Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran dahulu.

2. walaupun kita sudah merdeka selama 15 Tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya dikalangan orang melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain - lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah DEB(Dasar Ekonomi Baru) diperkenalkan maka jumlah penuntut di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajarn tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperoleh ijazah.

APA PENDAPAT ANDA?
3. kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan Bumiputera lain yang diterima masuk ke Universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada kelulusan penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah Universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses- proses pembelajaran ala Universiti.

4 Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demonstrasi jalanan dan lain - lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di Universiti. Dengan ini tidak dapat menumpukan perhatian mereka kepada penguasaan ilmu tentu amatlah kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal. 

5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain - lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak Juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, danmereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sesi soal-jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik kepartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.

6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan smasa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.

7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap - tiap penuntut Universiti samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada wang rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan lain. Negara juga yang akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.

8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama - hanya tiga atau empat tahun sahaja. setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain - lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.

9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi sepertti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.

10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang lain, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara.

11. Penuntut Universiti tentu tidak suka mendengar Pendapat saya ini. Yang Amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. saya rela dimarah oleh sesiapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.

12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab, batalkan sahaja AUKU.

Tun. Dr. Mahathir Mohamad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan