Camouflage Text Generator at TextSpace.net

Halaman

Khamis, 22 Disember 2011

Ntahhhhhhhhhhhhhhhhhh,,,,

Perantau..
hidupmu penuh cabaran..
bagai pasang surut lautan..
begitulah kepayahan mendatang..

Rabu, 30 November 2011

PUISI BUAT LEFTENAN

sauh pelayaran
belum terangkat
menunggu tiba
kelasi lain

enam kelasi
borak bersama
ditemani kapten
penambah rasa

Selasa, 29 November 2011

AUKU – AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI

18 Ogos 2008

1. Saya mengaku sayalah orang yangnya yang telah memperkenalkan AUKU(Akta Universiti Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran dahulu.

2. walaupun kita sudah merdeka selama 15 Tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya dikalangan orang melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain - lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah DEB(Dasar Ekonomi Baru) diperkenalkan maka jumlah penuntut di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajarn tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperoleh ijazah.

Isnin, 28 November 2011

PUISI BUAT ENAM PERINTIS




Enam perintis
Di awal semester
Hubungan akrab terjalin mesra
Dimulakan dengan ‘jeri’
Disusuli oleh ‘jem’

Jumaat, 25 November 2011

MELAYU BANGSA BERDAULAT


MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana salah
Janji simpan pecah di mulut
Biar mati anak
Jangan mati adat.

Melayu di tanah semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah Mu’alaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya
Melayu iu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempa dan
Sayangnya kini segalanya kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta tensya
Sedangkan kampong telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal university
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnyadengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah ak Nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk, telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi terparut

Baiknya hati Melayu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan”
“kera di hutan disuse – susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh Saturday masihkah tunduk tersipu – sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segam menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegan timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di Negara merdeka

Usman Awang
Al - Fatihah


Rabu, 23 November 2011

HANTAR GATE

Alhamdulillah.. malam tadi aku(Abg Saniey) dengan Chok g hantar Gate dengan koboi kat stesen bas Tesco. sepanjang perjalanan ade 3 pengalaman or benda baru yang aku dapat.

benda pertamanya, sampai je kat traffic Light Ketereh. aku terpandang Skrin LCD besar tertulis berbagai iklan dan slogan menyuruh kita(Umat Islam menutup aurat). aq syukur sangat sebab adenye iklan macam nie. harap rakyat ambil berat berkenaan dengan saranan dan teguran dari pihak berwajib(sekali - sekala bagus jugak PAS pegang Kelantan nie).

Isnin, 21 November 2011

KAMI BUDAK NAKAL...!

Assalamualaikum W.B.T....

huh...! dah abis sem baru nak wat blog sndiri...hahahahaha, tapi kami tak kisah pon lmbat ke cepat ke, jnji ade tmpat kami nak coret kisah kami.. kira macam diari la nie...!